SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG BADRULHISHAM HJ. ABDULLAH

Diharapkan semoga para pengunjung blog mendapat manafaat yang besar dan dapat digunakan dalam kehidupan seharian.



Sabtu, 2 Januari 2010

BAGAIMANA MENGAMBIL HATI GURU?


Guru adalah insan mulia yang perlu dihormati. Hakikatnya, mereka juga insan biasa seperti kita, mempunyai perasaan untuk menghargai dan dihargai. Selaku pelajar, anda harus mengambil hati guru supaya mereka senang untuk mencurahkan bakti kepada anda.
Ketaatan dan kepatuhan seorang seorang pelajar terhadap gurunya adalah salah satu faktor pelajaran mudah masuk ke dalam kepala. Guru yang diibaratkan sebagai lilin membakar diri untuk menerangi orang lain begitu komited menjalankan tugasnya. Justeru sebagai pelajar anda hendaklah pandai mengambil hati mereka. Bagaimana caranya?

1. Bersedia Sebelum Kelas Bermula

Amalkan membaca bab yang bakal dipelajari keesokan harinya. Dengan cara ini anda mendapat gambaran awal apa-apa yang bakal diajar oleh guru kelak.

2. Rajin Menghulurkan Bantuan

Berapa ramai pelajar yang bergegas membantu guru apabila melihat guru mereka membawa banyak buku atau barang-barang?
Sesetengah pelajar hanya membantu setelah guru memohon bantuan mereka! Sikap ini tidak betul kerana tiada salahnya anda menghulur tangan setiap kali keadaan guru anda memerlukannya.

3. Berikan Salam Semasa Berselsih

Selain daripada mengucapkan sebelum pembelajaran anda seharusnya sentiasa meringankan mulut untuk mengucapkan salam kepada guru-guru di mana- mana sahaja. Kedudukan guru tidak terhapus walaupun anda telah meninggalkan pagar sekolah.

4. Jaga Percakapan dan Tingkah Laku

Jangan sesekali meninggikan suara apabila berbicara dengan guru. Apabila bercakap dengannya, gunakan bahasa yang baik dan sesuai, berbeza dengan cara anda bercakap dengan kawan-kawan.

5. Terima Dengan Hati Terbuka

Apabila ditegur oleh guru anda, tundukkan kepala dan dengarlah apa-apa yang diperkatakannya dengan teliti. Begitu juga apabila menerima pendapat daripada guru anda, tunjukkan yang anda menerimanya dengan hati yang terbuka.

6. Jangan Menyinggung Perasaannya

Jika sudah tersalah cakap atau melakukan sesuatu yang telah membuatkan guru anda terasa hati, jangan malu untuk meminta maaf dengan segera. Paling utama, jangan buat sesuatu yang boleh menyinggung perasaan guru anda!



PEMAKANAN MINDA CERDAS

Antara pemakanan yang disyorkan minda untuk diambil oleh pelajar adalah seperti berikut:

1. Kismis

Terdapat pelbagai khasiat kismis, antara termasuk baik untk kerongkong, dapat menghilangkan batuk dan kahak, membantu mencerdaskan minda, serta baik untuk jantung dan perut.Cara pemakanan yang baik ialah dua kali sehari iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan. Ambil tujuh atau 21 biji kismis digigit dan hisap manisan kismis tersebut. Begitu juga pada waktu malam sebelum tidur.

2. Madu

Kepentingan mengambil madu ini dituntut oleh Allah swt di dalam Al-Quran iaitu Surah An-Nahl (surah lebah): Ayat 68 & 69 “…….daripada perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnaya. Di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan manusia………….”. Madu kaya dengan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia. Dalam madu terdapat Vitamin A, C, E, K dan BKompleks serta 18 jenis zat galian. Madu amat penting dalam membekalkan tenaga kepada para pelajar. Makan pada waktu pagi dan malam selepas sarapan malam. Pengambilan ini juga penting untuk menguatkan daya ingatan pelajar.

3. Air Masak/Mineral
4. Susu
5. Buah-Buahan
6. Tempe
7. Ulam-Ulam dan Sayur-Sayuran

Tiada ulasan: